JEMPUTAN KE PIDATO ANTARABANGSA BAHASA MELAYU (PABM) 2013


AHLI KELAB 
Aktiviti Kelab Debat Dungun minggu ini kami ke Putrajaya International Convention Center. Aktiviti ini merupakan aktiviti kelab bagi memberi pendedahan kemahiran berpidato dalam kalangan pendebat bahasa melayu. Juteru, Amirul Haziq mengurus perjalanan ke Program Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM) 2013, yang di adakan pada 22 feb 2013. 40 orang yang mengikuti program, termasuk penasihat, alumni dan ahli kelab debat dungun.

TAHNIAH kepada wakil Malaysia pelajar dari USIM, johan bagi kategori nusantara dan amirika selatan bagi kategori antarabangsa.

AHLI KELAB

Sepanjang progam ini berlangsung banyak pengalaman baru yang dapat kami timba dan dapat menaikan semangat pendebat dungun untuk mewakili malaysia dalam PABM akan datang. Nasihat Presiden kelab, tanamkan harapan yang tinggi untuk memajukan diri, bangsa dan keluarga.
AHLI DEBAT BM

Terima kasih kami ucapkan kepada semua jawatankuasa yang terlibat dalam penganjuran ini. Tahniah juga kepada peserta program ini.

'PENGANTARABANGSAAN BAHASA MELAYU'.

AHLI PENGURUSAN
LAGU 1 MALAYSIA

 PENDEBAT BM SEBELUM BALIK

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA AHLI 
KELAB DEBAT DAN PIDATO!!
















JEMPUTAN KE DEBAT INTERPART DPA

Kelab Debat Dan Pidato dijemput oleh Pelajar Diploma Pentadbiran Awam UiTM Dungun, untuk menjadi hakim bagi Pertandingan Debat Interpart pada 20 & 21 feb 2013. Debat interpart ini bertujuan untuk mencungkil bakat berdebat dalam kalangan pelajar DPA. Justeru, bagi memenuhi jemputan kelab debat yang diketuai oleh Amirul Haziq Anuar, membawa Amin Adnan, Nor Hana Nawai, Najhatul Alyah, Nurizwan. Haziq Anuar begerak selaku ketua hakim, berpendapat program ini harus diteruskan dan menjadi contoh untuk fakulti lain mengikuti bentuk program yang seperti ini.


Gambar sepanjang aktiviti:
TAKLIMAT KEPADA HAKIM DAN URUSETIA

Barisan kehakiman yang mewakili kelab debat untuk debat interpart DPA2013. Segala keputusan adalah tepat dan muktamat. apa yang kami nilai hanyalah idea dan logik yang anda bawa kedalam perdebatan anda. jika bagus idea anda, maka andalah yang kami cari


YDP SEPARUH AKHIR
HAKIM SEPARUH AKHIR









Terima kasih kepada DPA kerana menjeput kami untuk menjadi hakim debat DPA. Kami mohon maaf atas segala kekurangan yang kami lakukan. Sesungguhnya kami sudah berusaha untuk mengakimi dengan adil. Kalah dan menang adat pertandingan. Terima kasih semua.....!

MEROYAN DENGAN MAKANAN BERSAMA ALUMNI

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA...

Dalam kelab debat bahagian bahasa melayu ni tidak sah kalau tak meroyan. Lagi-lagi kalau ade alumni yang sorang ni, name tak perlu sebutlah nanti suka pula dia selawat ke admin ni. Tahu sahaja lah kan, mulut Faiz B Ibrahim. Semunggu Abg Faiz dalam rangka lawatan dia ke kelab Debat Dungun ini untuk memastikan kelab diuruskan dengan butul. Sepanjang masa, hari demi hari, kami dibuai dengan pelbagai aktiviti yang menarik. seperti makan-makan, tonton wayang, berlakon, menari & lain-lain lagi. Ini semua ade tujuannya tersendiri, untuk membina character dalam debat, emosi dan voice projection.

JAMUAN MAKAN DEBAT BM DUNGUN :

jamuan makan selepas latihan debat di karah emba:
atok : sangat bernafsu dengan spagheti


ni lah gambar orang yang sangat lapar

abg faiz yang sabar menanti kak far**  buatkan die punya makanan

jamuan makan tengahari, di kafe perhentian :

adik kesayangan kak ala

paling hensem dan comel dalam kelab

junior part 1

jejaka malaya terakhir

jamuan makan selepas latihan luar di pantai di teluk gadong :

abang2 mu

alumni mu

inilah kami(sebahagian)


askar uitm, hahaha, ade berani? mai r...


JADI, AKHIRNYA DALAM DEBAT DUNGUN NI BANYAK AKTIVITI YANG MELIBATKAN AKTIVITI LUAR BERSAMA-SAMA AHLI YANG LAIN, UNTUK MENCARI KESERASIAN BAGI MEMUDAHKAN LATIHAN DEBAT.

Kelab Debat Bahasa Melayu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Abg Faiz kerana sudi hadir ke dungun.. lepas ini datang la lagi.. juga kepada alumni-alumni yang lain, anda semua dialu-alukan untuk hadir. 

terima kasi semua sekali......!!!!

HARAP MAAF

assalamualaikum & salam sejahtera..
 Admin nak mohon maaf jika halaman di dalam blog ini masih ada yang tidak boleh diekses. Hal ini kerana, blog ini masih dalam proses menaik taraf..

LATIHAN MINGGUAN

Debat Dungun sentiasa komited untuk membangunkan kemahiran berdebat dan pidato kepada setiap ahli-ahlinya. Justeru, dalam usaha untuk memberi tunjuk ajar, kami menjalankan latihan setiap minggu, 2 kali seminggu. Latihan debat BM&BI ini dijalankan pada hari jumaat dan sabtu. Jumaat, jam 2.30 petang - 6.30 petang. Sabtu, 8.00 pagi - 6.30 petang. Bertempat KARAH EMBA.

Kepada pembaca entri ini jangan terkejut dengan hari dan masa yang ditetapkan. mungkin pendebat tiada masa untuk ulangkaji pelajaran. Sebenarnya, setiap pendebat akan diajar bagaimana untuk mengurus masa, diri dan lain-lain. Nak tahu bagaimana? sertai Debat Dungun sekarang, dan anda akan tahu rahsia pendebat mengurus masa.

Dalam sesi latihan ini, pendebat akan berdebat 4-6 pusingan dan setiap pendebat perlu untuk menunjukan peningkatan. jika tidak, anda bakal dikenakan tindakan Tatatertib Debat Dungun.

Dalam seminggu setiap pendebat perlu untuk mencari dan memahami isu semasa dalam dan luar negara. Dan akan dibincangkan pada setiap waktu latihan mingguan.


SUASANA LATIHAN MINGGUAN: (CARIAN FAKTA & DEBAT).








Admin berharap latihan dan bimbingan yang sudah diberi dapat memberi manfaat kepada anda. dan ingatlah pesan orang-orang tua, 'take note comment from other'. Tak kisah siapa dia, yang penting ilmu berada dimana-mana, jadi anda kena cari. Dan jangan lepaskan peluang untuk peluang anda mendapat ilmu itu.
good luck kepada semua pendebat!! 

INILAH DIA


Assalamualaikum dan salam sejahtera, terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk singgah ke halaman blog debat dungun.

INILAH DIA kandungan atau entri di dalam blog debat dungun ini, ia akan memuatkan entri-entri yang berkaitan dengan:

1. Teknik dan cara menguasai ilmu debat dan pidato ( melayu & inggeris). Contoh teks pidato dan debat. Juga, kaedah pengucapan awam yang berkesan.

2. Memuat naik aktiviti yang dianjurkan kelab debat dungun dan pertandingan yang debat dungun sertai. Termasuklah aktiviti mingguan kelab debat dungun.

3. Sebagai laman suai kenal dengan ahli debat dungun serta alumni debat dungun.

4. Berkongsi masalah dan isu semasa dalam dan luar negara. Termasuk POLITIK, EKONOMI, SOSIAL & LAIN-LAIN.

5. Blog ini juga akan bertindak sebagai MEDIUM untuk memberitahu NOTIS tindakan tatatertib KEATAS AHLI DEBAT DUNGUN.

6. Dan berkongsi ILMU, PENGALAMAN dan BERITA terbaru yang berlaku.

Maka, semua entri dalam blog ini adalah berkenaan aktiviti Kelab Debat dan Pidato UiTM Dungun Terengganu. JUGA, berkenaan isu semasa yang berlaku dan tidak ada niat untuk memburukkan mana-mana belah pihak. hanya sekadar berkongsi maklumat.

Justeru, admin mohon maaf jika mana-mana entri dalam blog debat dungun ini menyentuh mana-mana sensitiviti pihak anda. dengan niat hanya untuk berkongsi ilmu debat dan pidato kepada seluruh lapisan masyarakat.

admin harap entri dalam blog ini dapat diguna pakai dan bermanfaat untuk anda. Maka, admin juga mengharapkan blog ini akan mendapat sokongan penuh dan berpanjangan daripada semua pihak.

TERIMA KASIH.

MESYUARAT KEPIMPINAN MAHASISWA

Presiden & S/U
Haziq Anuar

Kelab Debat Dan Pidato dijemput untuk menyertai Mesyuarat Kepimpinan Mahasiswa(MeKeM) anjuran MPP UiTM Dungun. Program ini bertarikh 3, 4 & 5 Januari 2013. Program ini mengumpulkan semua YDP/PRESIDEN kelab dan SETIAUSAHA kelab dan persatuan, JPK, JSP, MPP & FAKULTI. Justeru itu, Debat Dungun menghantar Haziq Anuar(presiden), Najahatul Alyah(s/u) & Nurizwan Abu Bakar(kpt. BM).


Najahatul Alyah

Program ini membincangkan isu-isu berkaitan masalah yang berlaku di kampus, dan medium untuk mencari jalan penyelesaian. 5 slot yang dibincangkan, ade banyak pro & kontra. antara topik yang di bahaskan ialah isu iPelajar, sahsiah rupa diri pelajar, kelab induk, peranan dan tugas setiap kelab dan lain-lain.


MeKeM ini sangat seronok kerana ia bersifat santai, dan ade BBQ yang meriah. Tambahan pula, dapat berjumpa rakan-rakan YDP dan S/U kelab lain. Walaupun santai, masalah tetap dapat solusi.

Bincang Perancangan Strategik

Wakil Debat Dungun barsama Raja Hafiz
Bersama Presiden MYUFM.



MeKeM anjuran MPP




















"ADIL????? 

MACAM MANA???"

-RAJA HAFIZ


Akhirnya, Kami Kelab Debat Dungun mengucapkan ribuan terima kasih kepada MPP kerana menganjurkan program yang seperti ini. Kami mohon maaf jika tersilap bicara dan kata sepanjang program. Maklumlah pendebat, kehidupan yang sukar orang fahami. Itulah beza antara pendebat dengan bukan pendebat. Terima kasih semua sekali.

BENGKEL PENGUCAPAN AWAM

FASILITATOR - LDK 1
Kelab Debat Dungun menerima jemputan untuk menjadi fasilitator bagi Program Bengkel Pengucapan Awam anjuran Institut Pemimpin Muda(IPM). Tarikh program 17 &18 januari 2013. Kelab debat menghantar 8 orang wakil untuk menjayakan program IPM.
Diketuai oleh Faiz Ibrahim 
bersama 
Amin Adnan, Ain yunus, Mustafa, Haziq Anuar, Najahatul Alyah, Nurizwan Abu Bakar & Amalina Diyana.

Amin Adnan



Haziq Anuar




Amin Adnan sebagai penceramah pengucapan awam dan Haziq Anuar sebagai penceramah kaedah berdebat. Sepanjang program ini berlangsung, banyak ilmu yang kita dapat kongsikan bersama-sama Ahli IPM UiTM Dungun, seramai tiga puluh orang (30 orang).


LDK 1 - PENGUCAPAN AWAM
FASILITATOR - LDK 2 &3
LDK 2 - ORGANISASI
LDK 2 - ORGANISASI
LDK 2 - ORGANISASI
LDK 3 - DEBAT TERBUKA (KERAJAAN)
LDK 3 - DEBAT TERBUKA (PEMBANGKANG)
FAIZ IBRAHIM


Apa yang kami harapkan, semoga segala ilmu yang dikongsikan dapat menjadi panduan dan diamalkan sebagai penaik semangat dan keyakinan diri setiap orang. Tidak berarti gagal, gagal selama-lamanya. Usaha tangga kejayaan. Jangan hanya menjadi seperti tin yang kosong.

Terima kasih kami ucapkan kepada IPM, kerana sudi untuk menjemput Kelab Debat Dungun untuk program yang anda jalankan. Kami berharap, selepas ini kita dapat bekerjasama lagi dalam program-program yang seperti ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...