FRIENDLY BUKIT BESI

      Program ini dilaksanakan pada 26 & 27 julai 2013 di uitm bukit besi. Bertujuan untuk mengikuti latihan debat bersama-sama antara uitm kampus dungun dan bukit besi. Latihan selama 2 hari ini melibatkan semua pendebat bahasa melayu kampus. Banyak pengalaman dan ilmu yang diberi, moga dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.



Maka, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pendebat dari bukit besi yang sanggup menerima kunjungan kami. Semoga, paada masa akan datang kita boleh bersama-sama lagi dalam latihan sebegini yang lebih berisi.

MALAM GENERAL MEETING

ASSALAMUALAIKUM,



pada 19 jun 2013, Dengan bertemakan warna biru, Kelab Debat mengadakan General Meeting untuk pengambilan ahli baru kelab. Baiklah pertama sekali, selamat datang kepada semua ahli baru kelab debat dungun, samada ahli pengurusan, pendebat ataupun debater. tahniah juga kepada ketua projek yang sangat dedikasi dalam menjalankan tugas, muhammad firdaus bin othman exco keahlian dan alumni.

Ramai yang hadir pada malam GM, dan ramai juga yang mendaftar. Dalam anggaran saya lebih daripada 60 orang yang datang. Dan diharapkan, semua yang mendaftaar dapat kekal dan memberi sumbangan kepada Kelab Debat dan Pidato UiTM Terengganu.

Terima kasih juga kepada Pn. Jusniza, penasihat kelab, kerana sanggup meluangkan masa untuk bersama kami di malam GM. Walaupun beliau ada program lain di Majlis Kecemerlangan Akademik MAKA 2013. Oh ya, ucapan tahniah kepada Pn Jusniza kerana mendapat anugerah di MAKA 2013.

Saya mengharapkan yang terbaik daripada ahli-ahli yang baru. semoga berjaya mencari apa yang anda cari.

Kelab debat bukan sahaja untuk orang yang pandai bercakap atau yang berpengalaman dalam debat, tetapi kelab debat untuk semua orang yang mahu dan sanggup berusaha untuk capai kejayaan.

kata-kata bekas presiden kelab Abg Faiz B Ibrahim, berkata " Ilmu debat ni tiada silibus". Maka, apa yang perlu anda buat? datanglah training mingguan, rebut peluang untuk masuk team, bertanya, dan usaha gigih.

Admin mengucapkan tahniah kepada Ahli kelab baru yang masih kekal sehingga hari ini. semoga anda beroleh kejayaan dalam semua aspek pengucapan awam.



pendaftaran
pendaftaran


ahli kelab

pendebat BM


 
 
 
 
 
 





cabutan bertuah 1

cabutan bertuah 2

cabutan bertuah 3

cabutan bertuah 4

sesi bersama kaak hana

PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM

BERSAMA MISS RAIHANA (PENASIHAT FAKULTI PERAKAUNAN)
Pertandingan Pengucapan Awam ini dianjurkan oleh GPMS dengan kerjasama MASYUF UiTMT. Pertandingan ini berjalan semasa pesta buku yang diadakan di Dewan Aspirasi UiTMT. Pertandingan ini menemukan semua wakil daripada fakulti UiTMT. Diantara semua finalist peringkat akhir, 3 orang diwakili daripada ahli kelab debat dungun di bawah fakulti perakaunan. Muhd Amirul Haziq, Amalina Diyana Abdullah dan Muhd Nurizwan.

Dengan tajuk bertemakan pendidikan dipilih 2 minit sebelum berucap dan pengucapan secara spontan selama 7 minit. kesemua pemidato dari kelab debat merangkul hadiah ditempat pertama, kedua dan ketiga.

Amirul Haziq tempat pertama.
Nurizwan Abu Bakar tempat kedua.
Amalina Diyana tempat ketiga.

Semoga dengan kejayaan ini, kita dapat belajar tentang teknik dan konsep pengucapan awam. Disamping meningkatkan daya fikir yang matang dang keyakinan diri yang jitu.

Terima kasih juga kepada pihak penganjur, yang mana sentiasa membuka ruang untuk mahasiswa bergiat aktif dalam usaha meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pengucapan awam.

Organisasi Kelab Debat Dan Pidato UiTMT

CARTA ORGANISASI KELAB DEBAT DAN PIDATO



PENASIHAT
PUAN JUSNIZA BINTI ABDUL JAMAL
PRESIDEN
MUHAMMAD AMIRUL HHAZIQ BIN ANUAR
NAIB PRESIDEN
ABDUL MU'IZZ BIN MOHD ZAIMI
KAPTEN DEBAT BM
 MUHAMMAD NUR I'ZWAN BIN ABU BAKAR      
KAPTEN DEBAT BI
MOHAMMAD ARIFF BIN AZMAN SHAH
















SETIAUSAHA
NAJHATUL ALLIYAH BINTI RAMZI



SENARAI DELIGASI JAWATAN :

PRESIDEN :
FIRDAUS
SALIHIN
HAKIM
MUHD FAIZ BIN IBRAHIM
MUHAMMAD AMIRUL HAZIQ BIN ANUAR

NAIB PRESIDEN :
MUHD FAIZ BIN ADAM
ABDUL MU'IZZ BIN MOHD ZAIMI

KAPTEN BM :
SUFEE KHIR
NOOR FADHILAH BINTI ROSEDI
MUHAMMAD AMIRUL HAZIQ BIN ANUAR
MUHAMMAD NUR I'ZWAN BIN ABU BAKAR

KAPTEM BI :
HABIHAH
SYAMIM
MUHD ARIFF BIN AHMAD
ABDUL MU'IZZ BIN MOHD ZAIMI
MOHAMMAD ARIFF BIN AZMAN SHAH

Visi Kelab Debat Dan Pidato UiTMT

VISI



Menjadikan Kelab Debat Dan Pidato UiTM Terengganu sebuah kelab yang dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang berilmu tinggi, dinamik, berketrampilan tinggi serta beretika agar mereka mampu mengharumkan nama Negara, bahasa dan agama.

Misi Kelab Debat Dan Pidato UiTMT

MISI



Membentuk ciri-ciri kepimpinan, meningkatkan daya pemikiran yang kritis serta menerap nilai-nilai murni dalam kalangan ahli kelab debat agar mereka mampu menjadi graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

Objektif Kelab Debat Dan Pidato UiTMT

OBJEKTIF KELAB DEBAT DAN PIDATO UiTM TERENGGANU.




Memberi latihan dan pendedahan bagi membentuk ciri-ciri kepimpinan yang dinamik dan berketrampilan tinggi.

Membentuk daya pemikiran yang kritis serta mampu menganalisa sesuatu maklumat.

Membantu mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi.

Menerapkan nilai-nilai murni dengan berbekalkan ilmu pengetahuan yang luas.

Menanamkan sifat cintakan ilmu.

Melahirkan ahli-ahli yang berpengetahuan luas.

JEMPUTAN KE PIDATO ANTARABANGSA BAHASA MELAYU (PABM) 2013


AHLI KELAB 
Aktiviti Kelab Debat Dungun minggu ini kami ke Putrajaya International Convention Center. Aktiviti ini merupakan aktiviti kelab bagi memberi pendedahan kemahiran berpidato dalam kalangan pendebat bahasa melayu. Juteru, Amirul Haziq mengurus perjalanan ke Program Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM) 2013, yang di adakan pada 22 feb 2013. 40 orang yang mengikuti program, termasuk penasihat, alumni dan ahli kelab debat dungun.

TAHNIAH kepada wakil Malaysia pelajar dari USIM, johan bagi kategori nusantara dan amirika selatan bagi kategori antarabangsa.

AHLI KELAB

Sepanjang progam ini berlangsung banyak pengalaman baru yang dapat kami timba dan dapat menaikan semangat pendebat dungun untuk mewakili malaysia dalam PABM akan datang. Nasihat Presiden kelab, tanamkan harapan yang tinggi untuk memajukan diri, bangsa dan keluarga.
AHLI DEBAT BM

Terima kasih kami ucapkan kepada semua jawatankuasa yang terlibat dalam penganjuran ini. Tahniah juga kepada peserta program ini.

'PENGANTARABANGSAAN BAHASA MELAYU'.

AHLI PENGURUSAN
LAGU 1 MALAYSIA

 PENDEBAT BM SEBELUM BALIK

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA AHLI 
KELAB DEBAT DAN PIDATO!!
















JEMPUTAN KE DEBAT INTERPART DPA

Kelab Debat Dan Pidato dijemput oleh Pelajar Diploma Pentadbiran Awam UiTM Dungun, untuk menjadi hakim bagi Pertandingan Debat Interpart pada 20 & 21 feb 2013. Debat interpart ini bertujuan untuk mencungkil bakat berdebat dalam kalangan pelajar DPA. Justeru, bagi memenuhi jemputan kelab debat yang diketuai oleh Amirul Haziq Anuar, membawa Amin Adnan, Nor Hana Nawai, Najhatul Alyah, Nurizwan. Haziq Anuar begerak selaku ketua hakim, berpendapat program ini harus diteruskan dan menjadi contoh untuk fakulti lain mengikuti bentuk program yang seperti ini.


Gambar sepanjang aktiviti:
TAKLIMAT KEPADA HAKIM DAN URUSETIA

Barisan kehakiman yang mewakili kelab debat untuk debat interpart DPA2013. Segala keputusan adalah tepat dan muktamat. apa yang kami nilai hanyalah idea dan logik yang anda bawa kedalam perdebatan anda. jika bagus idea anda, maka andalah yang kami cari


YDP SEPARUH AKHIR
HAKIM SEPARUH AKHIR









Terima kasih kepada DPA kerana menjeput kami untuk menjadi hakim debat DPA. Kami mohon maaf atas segala kekurangan yang kami lakukan. Sesungguhnya kami sudah berusaha untuk mengakimi dengan adil. Kalah dan menang adat pertandingan. Terima kasih semua.....!

MEROYAN DENGAN MAKANAN BERSAMA ALUMNI

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA...

Dalam kelab debat bahagian bahasa melayu ni tidak sah kalau tak meroyan. Lagi-lagi kalau ade alumni yang sorang ni, name tak perlu sebutlah nanti suka pula dia selawat ke admin ni. Tahu sahaja lah kan, mulut Faiz B Ibrahim. Semunggu Abg Faiz dalam rangka lawatan dia ke kelab Debat Dungun ini untuk memastikan kelab diuruskan dengan butul. Sepanjang masa, hari demi hari, kami dibuai dengan pelbagai aktiviti yang menarik. seperti makan-makan, tonton wayang, berlakon, menari & lain-lain lagi. Ini semua ade tujuannya tersendiri, untuk membina character dalam debat, emosi dan voice projection.

JAMUAN MAKAN DEBAT BM DUNGUN :

jamuan makan selepas latihan debat di karah emba:
atok : sangat bernafsu dengan spagheti


ni lah gambar orang yang sangat lapar

abg faiz yang sabar menanti kak far**  buatkan die punya makanan

jamuan makan tengahari, di kafe perhentian :

adik kesayangan kak ala

paling hensem dan comel dalam kelab

junior part 1

jejaka malaya terakhir

jamuan makan selepas latihan luar di pantai di teluk gadong :

abang2 mu

alumni mu

inilah kami(sebahagian)


askar uitm, hahaha, ade berani? mai r...


JADI, AKHIRNYA DALAM DEBAT DUNGUN NI BANYAK AKTIVITI YANG MELIBATKAN AKTIVITI LUAR BERSAMA-SAMA AHLI YANG LAIN, UNTUK MENCARI KESERASIAN BAGI MEMUDAHKAN LATIHAN DEBAT.

Kelab Debat Bahasa Melayu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Abg Faiz kerana sudi hadir ke dungun.. lepas ini datang la lagi.. juga kepada alumni-alumni yang lain, anda semua dialu-alukan untuk hadir. 

terima kasi semua sekali......!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...