Showing posts with label Debat Dungun. Show all posts
Showing posts with label Debat Dungun. Show all posts

Organisasi Kelab Debat Dan Pidato UiTMT

CARTA ORGANISASI KELAB DEBAT DAN PIDATO



PENASIHAT
PUAN JUSNIZA BINTI ABDUL JAMAL
PRESIDEN
MUHAMMAD AMIRUL HHAZIQ BIN ANUAR
NAIB PRESIDEN
ABDUL MU'IZZ BIN MOHD ZAIMI
KAPTEN DEBAT BM
 MUHAMMAD NUR I'ZWAN BIN ABU BAKAR      
KAPTEN DEBAT BI
MOHAMMAD ARIFF BIN AZMAN SHAH
















SETIAUSAHA
NAJHATUL ALLIYAH BINTI RAMZI



SENARAI DELIGASI JAWATAN :

PRESIDEN :
FIRDAUS
SALIHIN
HAKIM
MUHD FAIZ BIN IBRAHIM
MUHAMMAD AMIRUL HAZIQ BIN ANUAR

NAIB PRESIDEN :
MUHD FAIZ BIN ADAM
ABDUL MU'IZZ BIN MOHD ZAIMI

KAPTEN BM :
SUFEE KHIR
NOOR FADHILAH BINTI ROSEDI
MUHAMMAD AMIRUL HAZIQ BIN ANUAR
MUHAMMAD NUR I'ZWAN BIN ABU BAKAR

KAPTEM BI :
HABIHAH
SYAMIM
MUHD ARIFF BIN AHMAD
ABDUL MU'IZZ BIN MOHD ZAIMI
MOHAMMAD ARIFF BIN AZMAN SHAH

Visi Kelab Debat Dan Pidato UiTMT

VISI



Menjadikan Kelab Debat Dan Pidato UiTM Terengganu sebuah kelab yang dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang berilmu tinggi, dinamik, berketrampilan tinggi serta beretika agar mereka mampu mengharumkan nama Negara, bahasa dan agama.

Misi Kelab Debat Dan Pidato UiTMT

MISI



Membentuk ciri-ciri kepimpinan, meningkatkan daya pemikiran yang kritis serta menerap nilai-nilai murni dalam kalangan ahli kelab debat agar mereka mampu menjadi graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

Objektif Kelab Debat Dan Pidato UiTMT

OBJEKTIF KELAB DEBAT DAN PIDATO UiTM TERENGGANU.




Memberi latihan dan pendedahan bagi membentuk ciri-ciri kepimpinan yang dinamik dan berketrampilan tinggi.

Membentuk daya pemikiran yang kritis serta mampu menganalisa sesuatu maklumat.

Membantu mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi.

Menerapkan nilai-nilai murni dengan berbekalkan ilmu pengetahuan yang luas.

Menanamkan sifat cintakan ilmu.

Melahirkan ahli-ahli yang berpengetahuan luas.

JEMPUTAN KE PIDATO ANTARABANGSA BAHASA MELAYU (PABM) 2013


AHLI KELAB 
Aktiviti Kelab Debat Dungun minggu ini kami ke Putrajaya International Convention Center. Aktiviti ini merupakan aktiviti kelab bagi memberi pendedahan kemahiran berpidato dalam kalangan pendebat bahasa melayu. Juteru, Amirul Haziq mengurus perjalanan ke Program Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM) 2013, yang di adakan pada 22 feb 2013. 40 orang yang mengikuti program, termasuk penasihat, alumni dan ahli kelab debat dungun.

TAHNIAH kepada wakil Malaysia pelajar dari USIM, johan bagi kategori nusantara dan amirika selatan bagi kategori antarabangsa.

AHLI KELAB

Sepanjang progam ini berlangsung banyak pengalaman baru yang dapat kami timba dan dapat menaikan semangat pendebat dungun untuk mewakili malaysia dalam PABM akan datang. Nasihat Presiden kelab, tanamkan harapan yang tinggi untuk memajukan diri, bangsa dan keluarga.
AHLI DEBAT BM

Terima kasih kami ucapkan kepada semua jawatankuasa yang terlibat dalam penganjuran ini. Tahniah juga kepada peserta program ini.

'PENGANTARABANGSAAN BAHASA MELAYU'.

AHLI PENGURUSAN
LAGU 1 MALAYSIA

 PENDEBAT BM SEBELUM BALIK

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA AHLI 
KELAB DEBAT DAN PIDATO!!
















LATIHAN MINGGUAN

Debat Dungun sentiasa komited untuk membangunkan kemahiran berdebat dan pidato kepada setiap ahli-ahlinya. Justeru, dalam usaha untuk memberi tunjuk ajar, kami menjalankan latihan setiap minggu, 2 kali seminggu. Latihan debat BM&BI ini dijalankan pada hari jumaat dan sabtu. Jumaat, jam 2.30 petang - 6.30 petang. Sabtu, 8.00 pagi - 6.30 petang. Bertempat KARAH EMBA.

Kepada pembaca entri ini jangan terkejut dengan hari dan masa yang ditetapkan. mungkin pendebat tiada masa untuk ulangkaji pelajaran. Sebenarnya, setiap pendebat akan diajar bagaimana untuk mengurus masa, diri dan lain-lain. Nak tahu bagaimana? sertai Debat Dungun sekarang, dan anda akan tahu rahsia pendebat mengurus masa.

Dalam sesi latihan ini, pendebat akan berdebat 4-6 pusingan dan setiap pendebat perlu untuk menunjukan peningkatan. jika tidak, anda bakal dikenakan tindakan Tatatertib Debat Dungun.

Dalam seminggu setiap pendebat perlu untuk mencari dan memahami isu semasa dalam dan luar negara. Dan akan dibincangkan pada setiap waktu latihan mingguan.


SUASANA LATIHAN MINGGUAN: (CARIAN FAKTA & DEBAT).








Admin berharap latihan dan bimbingan yang sudah diberi dapat memberi manfaat kepada anda. dan ingatlah pesan orang-orang tua, 'take note comment from other'. Tak kisah siapa dia, yang penting ilmu berada dimana-mana, jadi anda kena cari. Dan jangan lepaskan peluang untuk peluang anda mendapat ilmu itu.
good luck kepada semua pendebat!! 

MESYUARAT KEPIMPINAN MAHASISWA

Presiden & S/U
Haziq Anuar

Kelab Debat Dan Pidato dijemput untuk menyertai Mesyuarat Kepimpinan Mahasiswa(MeKeM) anjuran MPP UiTM Dungun. Program ini bertarikh 3, 4 & 5 Januari 2013. Program ini mengumpulkan semua YDP/PRESIDEN kelab dan SETIAUSAHA kelab dan persatuan, JPK, JSP, MPP & FAKULTI. Justeru itu, Debat Dungun menghantar Haziq Anuar(presiden), Najahatul Alyah(s/u) & Nurizwan Abu Bakar(kpt. BM).


Najahatul Alyah

Program ini membincangkan isu-isu berkaitan masalah yang berlaku di kampus, dan medium untuk mencari jalan penyelesaian. 5 slot yang dibincangkan, ade banyak pro & kontra. antara topik yang di bahaskan ialah isu iPelajar, sahsiah rupa diri pelajar, kelab induk, peranan dan tugas setiap kelab dan lain-lain.


MeKeM ini sangat seronok kerana ia bersifat santai, dan ade BBQ yang meriah. Tambahan pula, dapat berjumpa rakan-rakan YDP dan S/U kelab lain. Walaupun santai, masalah tetap dapat solusi.

Bincang Perancangan Strategik

Wakil Debat Dungun barsama Raja Hafiz
Bersama Presiden MYUFM.



MeKeM anjuran MPP




















"ADIL????? 

MACAM MANA???"

-RAJA HAFIZ


Akhirnya, Kami Kelab Debat Dungun mengucapkan ribuan terima kasih kepada MPP kerana menganjurkan program yang seperti ini. Kami mohon maaf jika tersilap bicara dan kata sepanjang program. Maklumlah pendebat, kehidupan yang sukar orang fahami. Itulah beza antara pendebat dengan bukan pendebat. Terima kasih semua sekali.

JEMPUTAN SEBAGAI JURUHEBAH.

Assalamualaikum, kelab debat dan pidato menerima jemputan untuk menjadi juruhebah di majlis Sport Day anjuran FACSYS. Program berlangsung baru sahaja semalam iaitu 1 &2 febuari 2013. Program ini juga adalah hasil kerja sama antara Kelab Badminton & Kelab Memanah. Penyertaan juga terbuka kepada UiTM Cendering. Justeru kelab debat menghantar Najhatul Alyah dan Nurizwan untuk memenuhi jemputan ini. Najhatul Alyah diamanahkan sebagai pengacara majlis malam penutup.

nurizwan
najahatul alyah
Keseluruhannya, kesilapan itu adalah sebagai satu medium untuk kita terus menjadi yang terbaik. Kami dari Kelab Debat dan Pidato UiTM Dungun memohon maaf kepada pihak penganjur Sport Day 2013 jika ada kesilapan yang kami sudah lakukan sepanjang program. Sesunguhnya kita hanya merancang dan tuhan yang menentukan.





Semoga dengan program ini, dapatlah kita sama-sama belajar untuk memajukan diri dalam membina keyakinan diri dan semangat kerjasama antara dua pihak.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada kelab FACSYS kerana sudi menjemput Kelab Debat Dungun untuk bersama-sama anda menjayakan program ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...