Kelab Debat Dan Pidato UiTM Dungun adalah salah satu kelab dan persatuan UiTM (Terengganu). Kelab Debat ini ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1999 dengan objektif , visi dan misi tertentu. Seawal penubuhan kelab ini, bilangan ahli ketika itu seramai 15 orang ahli dan 2 orang penasihat iaitu Cik Halimaton @ Nor Ashikin sebagai penasihat debat bahasa inggeris, dan Puan Halizawati sebagai penasihat debat bahasa melayu.
Pada mulanya, kelab ini tertubuh kerana ITM Terengganu menerima jemputan Pertandingan Debat Naib Canselor 1998 di ITM Shah Alam . Pihak HEP menghadapi kesukaran untuk menghantar wakil ITM Terengganu kerana ia dilakukan pada cuti semester. Akhirnya, ITM Terengganu berjaya menghantar wakil. Dan, sekembalinya pasukan yang dihantar, para pendebat telah menubuhkan Kelab Debat Dan Pidato pada 1998.
Pada tahun 2000, dua perubahan besar telah dilakukan ke atas struktur organisasi kelab:
1- Penubuhan 2 komponen di dalam kelab iaitu pihak pendebat dan pihak pengurusan.
2- Struktur penasihat kelab telah DIUBAH menjadi seorang bagi melancarkan urusan pentadbiran.
Cik Halimaton @ Nor Ashikin telah dipilih menjadi penasihat kelab pada tahun tersebut sehingga 2012.
Organisasi kelab debat terdiri daripada 3 unit utama iaitu pendebat bahasa melayu, pendebat bahasa inggeris dan unit pengurusan. Klik di sini untuk carta organisasi kelab debat dan pidato.
Disamping itu, Kelab Debat Dan Pidato UiTM Terengganu juga menganjurkan Pertandingan Debat Piala DYMM Sultan Zainal Abidin, sejak tahun 2000 sehingga sekarang. pertandingan ini terbuka kepada semua IPT di pantai timur sahaja dan dianjurkan setahun sekali.
Pada tahun 2012, satu lagi perubahan besar dilakukan iaitu pertukaran penasihat kelab. Cik Halimaton @ Nor Ashikin digantikan dengan Puan Jusniza Binti Abdul Jamal sebagai penasihat Kelab Debat Dan Pidato UiTM Dungun.
Sekian.
Sekian.
No comments:
Post a Comment