INILAH DIA


Assalamualaikum dan salam sejahtera, terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk singgah ke halaman blog debat dungun.

INILAH DIA kandungan atau entri di dalam blog debat dungun ini, ia akan memuatkan entri-entri yang berkaitan dengan:

1. Teknik dan cara menguasai ilmu debat dan pidato ( melayu & inggeris). Contoh teks pidato dan debat. Juga, kaedah pengucapan awam yang berkesan.

2. Memuat naik aktiviti yang dianjurkan kelab debat dungun dan pertandingan yang debat dungun sertai. Termasuklah aktiviti mingguan kelab debat dungun.

3. Sebagai laman suai kenal dengan ahli debat dungun serta alumni debat dungun.

4. Berkongsi masalah dan isu semasa dalam dan luar negara. Termasuk POLITIK, EKONOMI, SOSIAL & LAIN-LAIN.

5. Blog ini juga akan bertindak sebagai MEDIUM untuk memberitahu NOTIS tindakan tatatertib KEATAS AHLI DEBAT DUNGUN.

6. Dan berkongsi ILMU, PENGALAMAN dan BERITA terbaru yang berlaku.

Maka, semua entri dalam blog ini adalah berkenaan aktiviti Kelab Debat dan Pidato UiTM Dungun Terengganu. JUGA, berkenaan isu semasa yang berlaku dan tidak ada niat untuk memburukkan mana-mana belah pihak. hanya sekadar berkongsi maklumat.

Justeru, admin mohon maaf jika mana-mana entri dalam blog debat dungun ini menyentuh mana-mana sensitiviti pihak anda. dengan niat hanya untuk berkongsi ilmu debat dan pidato kepada seluruh lapisan masyarakat.

admin harap entri dalam blog ini dapat diguna pakai dan bermanfaat untuk anda. Maka, admin juga mengharapkan blog ini akan mendapat sokongan penuh dan berpanjangan daripada semua pihak.

TERIMA KASIH.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...