MALAM GENERAL MEETING

ASSALAMUALAIKUM,



pada 19 jun 2013, Dengan bertemakan warna biru, Kelab Debat mengadakan General Meeting untuk pengambilan ahli baru kelab. Baiklah pertama sekali, selamat datang kepada semua ahli baru kelab debat dungun, samada ahli pengurusan, pendebat ataupun debater. tahniah juga kepada ketua projek yang sangat dedikasi dalam menjalankan tugas, muhammad firdaus bin othman exco keahlian dan alumni.

Ramai yang hadir pada malam GM, dan ramai juga yang mendaftar. Dalam anggaran saya lebih daripada 60 orang yang datang. Dan diharapkan, semua yang mendaftaar dapat kekal dan memberi sumbangan kepada Kelab Debat dan Pidato UiTM Terengganu.

Terima kasih juga kepada Pn. Jusniza, penasihat kelab, kerana sanggup meluangkan masa untuk bersama kami di malam GM. Walaupun beliau ada program lain di Majlis Kecemerlangan Akademik MAKA 2013. Oh ya, ucapan tahniah kepada Pn Jusniza kerana mendapat anugerah di MAKA 2013.

Saya mengharapkan yang terbaik daripada ahli-ahli yang baru. semoga berjaya mencari apa yang anda cari.

Kelab debat bukan sahaja untuk orang yang pandai bercakap atau yang berpengalaman dalam debat, tetapi kelab debat untuk semua orang yang mahu dan sanggup berusaha untuk capai kejayaan.

kata-kata bekas presiden kelab Abg Faiz B Ibrahim, berkata " Ilmu debat ni tiada silibus". Maka, apa yang perlu anda buat? datanglah training mingguan, rebut peluang untuk masuk team, bertanya, dan usaha gigih.

Admin mengucapkan tahniah kepada Ahli kelab baru yang masih kekal sehingga hari ini. semoga anda beroleh kejayaan dalam semua aspek pengucapan awam.



pendaftaran
pendaftaran


ahli kelab

pendebat BM


 
 
 
 
 
 





cabutan bertuah 1

cabutan bertuah 2

cabutan bertuah 3

cabutan bertuah 4

sesi bersama kaak hana
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...